LELAKI : Kamu!!!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa??
LELAKI : (Berfikir sejenak,lalu menatap WANITA dgn pasti )
Kamu adalah tulang rusukku!!!!
Kerana Allah melihat bahawa ADAM kesepian.Saat ADAM sedang lena tidur,Allah mengambil rusuk ADAM dan menciptakan HAWA. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang HILANG dan saat menemukan WANITA untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya.
Setelah berkahwin,,pasangan itu mengalami masa yg indah dan manis utk sementara.Setelah itu,pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibu bapa dan masing-masing dalam kelelahan hidup yang ada.Hidup mereka menjadi membosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran, WANITA lari keluar rumah.Saat tiba di seberang jalan ,WANITA berteriak, " Kamu tidak sayangkan saya lagi!!!!! ". LELAKI sangat membenci ketidak dewasaan WANITA dan spontan berteriak.."Saya menyesali perkahwinan ini !! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam,dan berdiri kaku utk beberapa saat.LELAKI menyesali apa yang sudah dilafazkan, tetapi seperti air yang tumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.Dengan linangan air mata,WANITA kembali ke rumah utk mengambil barang-barangnya,bertekad utk berpisah. WANITA berkata ," Kalau saya bukan tulang rusukmu,biarkan sy pergi.Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing."
Lima tahun berlalu,LELAKI masih belum lagi berkahwin ,tetapi berusaha mencari khabar kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi,LELAKI meminum kopinya dan merasakan sakit di hati.Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindui WANITA.
Suatu hari ,mereka bertemu kembali.Di airport,tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan.Mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar??
WANITA : Baik...Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang????
LELAKI : Belum......
WANITA : Saya akan terbang ke NY dgn penerbangan berikutnya.Saya akan kembali 2 minggu lagi.Telefon saya bila kamu berkesempatan.Kamu tahu no telefon saya kan????Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis,berlalu dihujung lafaz....
"Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian,LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorng korban Menara WTC. Malam itu,skali lagi LELAKI meneguk kopinya , dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan...
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM , jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman seistimewa KHADIJAH, jika diri tak sesempurna MUHAMMAD.
Sincerely,
Aqilah


No comments:
Post a Comment