JellyPages.com

MrFezreemrsaqilah.blogspot

MrFezreemrsaqilah.blogspot
Cinta Illahi

Sunday, September 29, 2013

Permata Jiwaku

بسم الله الرحمن الرحيم

Tinta peringatan khusus buat para isteri, bakal isteri dan semua muslimah yang bergelar isteri solehah.

Apabila bergelar isteri, sudah tentu kita perlu mendengar setiap apa yang diminta oleh suami terchenta...*tapi ingat ye suami, jangan ambil kesempatan atas isteri..:P

Kalau dulu menjadi anak perempuan, syurga kita letaknya di bawah tapak kaki mak kita, now, bila dah kahwin, syurga kita di bawah tapak kaki suami, redha suami itu yang penting.

Tapi ingat, suami, anda dah kahwin ke belum kahwin ke, xnak kahwin ke apa ke, syurga anda bawah tapak kaki mak anda selama-lamanya. So, bila dah jadi suami, xpayah nak dengar sgt cakap isteri tu sampai membelakangi mak anda.

Senang citer, nak jadi isteri solehah, buat apa yang suami mintak selagi tidak berlanggar dengan hukum syarak, in sha allah, isteri solehah yang kita buru...amin..


Sebelum menutup tirai, admin nk bagi sikit la peringatan buat para suami di luar sana terutamnya kepada arjuna hati admin , Mohamad Fezree b. Wahab tentang tips yang boleh digunakan dalam kehidupan berumah tangga.

Jeng,jeng,jeng!!!!!


FQ de Amor

Friday, September 27, 2013

Anak, Tenanglah dalam Pelukan Ibu

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.




ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.





FQ de Amor

Tuesday, September 24, 2013

Pelangi Cintaku

بسم الله الرحمن الرحيم

"Isteri cerdik yang solehah , penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran, dirumah dia isteri, di jalanan kawan, diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan, ilmu yang diberi dapat disimpan, kita lupa dia mengingatkan"



Sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).

Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya,dia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
Carilah pasangan yang membahagiakan, bukan yang menempatkan kita dalam keresahan dan derita..



FQ de Amor

Sunday, September 22, 2013

Buruan Kasih

بسم الله الرحمن الرحيم


Post kali ini,admin dedikasikan buat arjuna hatiku, Mohamad Fezree b. Wahab.

Aku mengharap suami setampan Yusuf,
Kasih setulus Zulaikha aku usahakan.

Aku mencari suami seteguh Ibrahim, 
Lalu aku harus sekuat Siti Sarah dan Siti Hajar.

Aku meminta suami seperti Ali,
Maka aku mengikuti hebatnya Fatimah.

Aku damba suami sehebat Sulaiman,
Ketaatan Balqis aku hayati.

Aku ingin suami yang mencontohi peribadi Rasullullah,
Aku cuba mempelajari kasih setulus Aisyah, pengorbanan sehebat Khadijah.


*Apabila dua hati bertemu kerana Allah, itulah kebahagiaan...:)

FQ de Amor

Saturday, September 21, 2013

Erti kawan, makna sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Saat tangan tak tergapai mencapai impian dan harapan, kalian datang membantu tanpa dipinta, mengharungi kehidupan berdikari bersama, mencari makna sebuah kejayaan. Bersama sebuah cita dan harapan kita bersama memahat sejarah perjuangan ke gedung ilmu duniawi. 

Seorang sahabat, saat kita jatuh tersungkur, tangannya menggapai membangkitkan kita, berdiri dengan teguh, mengorak langkah yang laju bersama sebuah impian.Ayuh mengorak langkah ke gedung ilmu, mencipta 1001 impian demi masa hadapan yang cerah .

" Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang setia ibarat pewangi yang mengharum, sahabat sejati menjadi pendorong impian, sahabat yang berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"



 


*sahabatku dunia akhirat, Najah Nasuha bt. Mohd Yunus & Siti Zulaikha bt. Mohamed A'pipi, kalian sahabat, kalian teman bergurau, kalian adik-adikku tercinta.


FQ de Amor

Friday, September 20, 2013

Setia Hingga Hujung Nyawa

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika mencintai seseorang, jangan letakkan 100% perasaan terhadapnya. Simpan sedikit perasaan agar jika suatu hari nanti kau ditinggalkan, masih ada perasaan untuk kau ubati kesedihan.

Dalam mengorak langkah menuju zaman remaja, perasaan sayang, ingin dicintai, ingin mencintai dan semua perasaan yang sama maksud untuk orang bercinta. Tapi pernahkah kita berfikir dengan jauh...apa kesudahan setiap perhubungan. Memetik satu kata-kata;

 " Setiap yang berkasih, tidak mungkin akan berkahwin, setiap yang berkahwin, tidak akan dijanjikan kebahagiaan, setiap yang bernikah tidak pula akan dijanjikan anak". 

Kata-kata tersebut mengingatkan setiap adam dan hawa agar sentiasa beringat dan tidak lalai. Setiap kehidupan akan lebih manis jika kita diuji. Ujian Allah, bahasanya bisu, datang tanpa diundang, memberi seribu rasa, menguji ketabahan dan keikhlasan.

Namun, dalam menelusuri kehidupan berpasangan, banyak ujian yang akan dilalui. Memetik kata-kata seorang ibu;

" Dalam kehidupan berumah tangga, kaum hawa  akan diuji dengan tiga peringkat ujian, pertama semasa permulaan hidup berumah tangga, kedua semasa kelahiran anak ketiga, ketiga ialah semasa suami berumur 40 tahun."

Seorang ibu bercakap melalui pengalaman hidupnya, manakala seorang anak bercakap melalui kemahuan dirinya. Cukup berbeza, namun, tersentuh di sanubari. Seorang ibu cuma mahukan anaknya menikmati kebahagiaan berpasangan. nasihat demi nasihat diperdengarkan untuk menguatkan semangat puterinya.

Namun mampukah pasangan tersebut menerima kekurangan antara satu sama lain??
atau tercetuskah perang setiap hari?? bergaduh tak kira tempat...:D

Jika kita tahu tanggungjawab kita (suami dan isteri), insha allah kita akan redha dengan setiap ujian yang mendatang. Kadangkala kesabaran umpama gerhana, sakit yang dialami tapi keindahan yang terpancar. 

Subhanallah, jadikan kami golongan isteri-isteri yang solehah, penyejuk mata suami...:)




* Seorang perempuan diuji apabila lelaki tidak mempunyai apa-apa, seorang lelaki diuji apabila dia punya segalanya.

FQ de Amor



Thursday, September 19, 2013

Kekasih Halalku



بسم الله الرحمن الرحيم


Seandainya Adam tercipta untuk Hawa, Yusuf tercipta buat Zulaikha, Ibrahim tercipta untuk Siti Sarah dan Siti hajar, Sulaiman tercipta buat Balqis , Ali tercipta buat Fatimah, sudah tentu setiap lelaki mencari rusuk kirinya.

Semua org mahukan pasangan yg sempurna..
Hakikatnya, utk mendapat kan yang sempurna, TIDAK perlu mencari yg sempurna, cukup sekadar membaiki diri kita jadi sempurna, insyaAllah akan bertemu dgn yg sempurna.

Allah S.W.T berfirman : "..Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.." an-Nur [26].

Dalam erti kata lain, "..siapa pasangan kita adalah siapa diri kita.."


~bercinta sampai ke syurga firdausi~

*Alangkah indahnya bahtera perkahwinan itu jika dikemudi oleh seorang pemuda acuan al-Quran, seorang pemuda yang berusaha untuk mencontohi kehidupan Rasullullah S.A.W , seorang pemuda yang bakal menjadi imam kepada makmumnya.

FQ de Amor