Aku pasti.
Apabila aku berkahwin suatu hari nanti,
aku tidak akan semewah ini.
Semewah seperti kehidupan aku sekarang.
Jika aku berkahwin nanti,
aku mungkin akan hidup mewah jika mndapat seorang suami yang bergaji besar dan berjaya dalam kerjayanya.
Aku mungkin akan diberi seguni emas oleh suamiku.
Aku mungkin dilimpahi dengan pakaian-pakaian cantik.
aku mungkin akan diberikan wangi-wangian mewah.
aku mungkin dihadiahkan dgn alat solek berjenama antarabangsa.
Namun begitu,
aku sangat pasti nanti.
Apabila berkahwin nanti,aku tidak akan semewah ini.
Kemewahan yg diberikan oleh suami tidak akan menandingi kemewahan yg diberikan oleh kedua ibu bapa aku,
Kasih sayang,sekuriti mental dan fizikal daripada saat dilahirkan sehingga meningkat dewasa,walau mungkin tidak semewah mana,aku tetap pasti,jika aku berkahwin dgn lelaki yg kehidupannya senang,aku tetap tidak akan semewah ini.
Apabila aku berkahwin nanti,suami yang kaya-raya mungkin akan meninggalkan aku untuk berkahwin dengan wanita lain.
Aku mungkin akan dikhianati walaupun suami aku sentiasa berjanji akan menyayangiku sampai ke akhir hayat.
Aku tidak dijamin akan sentiasa dihormati sebagai seorang wanita kerana hati dan perasaan lelaki bukanlah statik.Hati suami mungkin akan berubah.
Mungkin ke arah yg lebih baik.Mungkin juga tidak.
Jauh sekali jika dibandingkan dgn kasih sayang yg diberikan oleh kedua ibu bapaku,insan yg bnyk berjasa dlm membesarkan ku.
Walau seteruk mana aku,walau seburuk mane perangai aku,ibu bapa tidak akan membenci anak sendiri.
Ibu bapa akan tetap bersabar dgn kerenah anak sendiri.
Ibu bapa tidak akan membiarkan anak-anak mereka berada dalam kesedihan.
Ibu bapa akan sentiasa menyayangi anak-anak.
Ibu bapa akan dijamin setia kasih sayang mereka terhadap insan yang mereka lahirkan dan besarkan.
Suami aku mungkin akan beralih hati.
Suami aku mungkin suatu hari nanti akan jatuh hati pada wanita yang jauh lebih hebat.
Mungkin dia akan dilamun asmara dengan wanita yang jauh lebih cantik.
Itu tidak mustahil.
Yang pasti,kasih sayang ibu bapa ku tetap akan bersama aku selama - lamanya.
Mereka akan tetap menyayangi aku,
Mereka tetap akan membantu aku jika aku kesusahan.
Mereka akan tetap bersama aku.
Ingatlah,
'Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa'
Perkahwinan merupakan suatu perjudian,
Aku mungkin akan menang,aku mungkin akan tewas.
Selagi ibu bapa kita masih hidup,marilah kita belajar erti bersyukur.
Mereka adalah hadiah daripada Tuhan yg paling berkuasa.
Maafkan aku.Ini hanya rasa cetusan perasaan aku saat ini.
Aku tidaklah terlalu feminis.
Hanya ingin membandingkan kasih sayang ibu bapa dengan kasih sayang lelaki yang akan bergelar suami aku suatu hari nanti.
Sesungguhnya kemewahan kasih sayang ibu bapa adalah sesuatu yang tiada tandingannya.
Yang pasti apabila berkahwin,aku tidak akan semewah ini.



No comments:
Post a Comment