
A: Kasihku,ketumpatan cintaku padamu adalah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat sebarang tanggapan atau kesimpulan dari hasil ujikajiku padamu??
B: Aku tak percaya padamu kerana kau ada kekasih baru utk menjalankan proses tindak balas penukargantian seperti dalam kimia organik ke atas diriku.
A: Jangan kau menyalah ertikan kecerunan garis lurus y=mx+c hatiku ini kerana aku dan dia masih lagi unsur bukan nya sebatian homogenos ataupun heterogenos.
B: Tapi aku merasa kasihmu seperti berkadar songsang 1/X dgn kesetiaan yg aku berikan.Isipadu cintaku tetap x berubah walaupun pada tekanan maksima dan suhu minimum.
A: Tapi cinta dan kasih sayangku padamu adalah pemalar.
B: Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yg kau berikan belum lagi sahih dan diiktiraf I.U.P.A.C.
A: Tapi aku menggunakan prinsip newton ketiga,tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan.
B: Kau jangan berbohong.Aku tahu yang kau ini adalah random, janji -janji manis yg bergerak secara rawak dan cintamu itu berlanggaran secara kenyal dengan dinding kekasih lamamu.
A: Itu adalah fitnah yg tersebar melalui proses pancaran dan perolakan.Aku telah berikan cintaku dalam bentuk magnitud dan arahnya sekali.Masihkah kau x percaya??
B: Ya , aku percaya.Tetapi aku mahu itu semua dileraikan menggunakan hukum penyelesaian segi tiga dan dalam bentuk-bentuk lazim,bukannya dalam bentuk kuadratik dan kubik.
A: Itu semua boleh diabaikan.Yang aku mahukan tempoh percintaan kita mesti mengalami pecutan seragam.
B: Kau harus bersabar kerana sabar itu mendekati nilai 0.5 dari iman.
A: Tapi iman ku adalah infiniti.
B: Aku tidak fikir iman mu infinti kerana kau belum mendarabkannya dgn 6x10'23
A: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.Nanti bila tekananku melebihi tekanan udara,kau jgak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
B: Aku sekarang bukan aku yang dlu lagi..aku telah mengalami plasmolisis.
A: Kau memang betul2 menyakitkan hatiku...ku sangkakan kau intan,,rupa-rupanya kau grafit. pergi kau dari sini.
Biarkn ku sendiri....
Sincerely,
Aqilah

No comments:
Post a Comment