JellyPages.com

MrFezreemrsaqilah.blogspot

MrFezreemrsaqilah.blogspot
Cinta Illahi

Friday, April 30, 2010

CinTa YG BeRSaMBuT MeSRa

C.I.N.T.A
hadirnya cinta tanpa aku sedari,
cinta insani memberi luka,
terkadang menyambut duka,
terpalit dalam membekas jua,
mengharap disembuh walau seketika cuma,
namun terkesan payah diubati,
C.I.N.T.A
perlukah kau pada kesetiaanku??
pada janji mu yang belum tentu aku ketahui,
pada janji mu yang penuh dengan kepalsuaan,pendustaan..
aku tidak mampu membiarkan diri ini disakiti..
C.I.N.T.A
fahamilah diriku,
aku yang terlalu lemah untuk dipermainkan,
terlalu letih untuk kau persiakan ,
tak termampu untuk ku menolak kelemahan dan kejahilan diriku..
Namun,
aku sedari,
cinta insani hanya menyakitkan,
bila cinta itu hanya seketika cuma,
rasa bahagia saat kau hadir,
kecewa menampak tika kau menghilang,
aku hanya insan biasa,
terkadang khilaf dalam menilai apa itu cinta,
apakan dayaku,
aku hanya mampu berserah,
kepada cinta yang ku rasa memang tercipta untuk ku,
hanya cinta yang hakiki mampu kumiliki,
dari penciptaku yang maha kuasa...

~kurenung dikau dari jauh,mengharapkan mata itu bertemu,namun jauh skali mengerling,kau tinggalkan ku jauh ke belakang,hatiku hanya mampu meraung dan menangisi perpisahan ini~


Sincerely,

Wednesday, April 28, 2010

KeTeRBaTaSan WakTu...

Salam ukhwah buat semua,,,

Keterbatasan waktu.
membuat aku seolah-olah dibelenggu..
kaku...aku kaku terpaku.
seperti dipasung..pegun,lemah laku...
tiada hala tuju..
natijahnya,
buat kau sahabat yang setia,
kita seperti sudah hilang bisanya,
hilang kehangatannya,
hilang keakrabannya.
dan masa yang ditinggalkan,
menjadikan kita semakin diusir kemesraan,
dimamah kerinduan,
dimusnah ingatan.




Sincerely,



My PreDiCTioN!!!!!

Salam ukhwah buat semua,,,
Sangkaanku,
kudrat ini bisa beralah..
rupa-rupanya masih tetap kan lelah.
Harapanku,
jiwa ini bisa senang....
rupa-rupanya masih tidak akan tenang.

Fikirku,
kepayahan ini bisa berlabuh...
rupa-rupanya masih bisa tumbuh.

Namun,
dengan wajah ceria..
ku sisihkan rasa hampa,
kugagahkan hati dan jiwa,ku lapangkan minda...
agar bebanan ini mampu lewati...
hingga ke akhirnya....



Sincerely,

Tuesday, April 27, 2010

KhaS uTk Mu ADAM..

Salam ukhwah buat semua,,,,

Jom hayati ape ak nk luah keyh.....

Diakhirat nanti ad 4 golongan lelaki yg DITARIK oleh wanita..Mereka adalah:


1) ayahnya
2) suaminya
3) abang- abangnya
4) anak-anak lelakinya





Sebagai seorang AYAH :
jagalah anak mu + didiklah mereka dgn keperibadian islam

Sebagai seorang SUAMI :
hiasilah akhlak isterimu dgn akhlak yg mahmudah + batasi pergaulannya + percakapannya

Sebagai seorang ABANG :
jagalah adik2 perempuan mu + lindungi mereka +ajarkan mereka dgn perkara2 mahmudah

Sebagai seorang ANAK :
patuhi ibumu.Jika dia kesesatan ,tegurlah dia kerana itu tugasmu sebagai ANAK SOLEH

~waallahu'alam~



Sincerely,


Sunday, April 25, 2010

KeMeWaHaN YG KuCaRi...

Aku pasti tidak akan semewah ini
Aku pasti.
Apabila aku berkahwin suatu hari nanti,
aku tidak akan semewah ini.
Semewah seperti kehidupan aku sekarang.

Jika aku berkahwin nanti,
aku mungkin akan hidup mewah jika mndapat seorang suami yang bergaji besar dan berjaya dalam kerjayanya.
Aku mungkin akan diberi seguni emas oleh suamiku.
Aku mungkin dilimpahi dengan pakaian-pakaian cantik.
aku mungkin akan diberikan wangi-wangian mewah.
aku mungkin dihadiahkan dgn alat solek berjenama antarabangsa.

Namun begitu,
aku sangat pasti nanti.
Apabila berkahwin nanti,aku tidak akan semewah ini.
Kemewahan yg diberikan oleh suami tidak akan menandingi kemewahan yg diberikan oleh kedua ibu bapa aku,
Kasih sayang,sekuriti mental dan fizikal daripada saat dilahirkan sehingga meningkat dewasa,walau mungkin tidak semewah mana,aku tetap pasti,jika aku berkahwin dgn lelaki yg kehidupannya senang,aku tetap tidak akan semewah ini.

Apabila aku berkahwin nanti,suami yang kaya-raya mungkin akan meninggalkan aku untuk berkahwin dengan wanita lain.
Aku mungkin akan dikhianati walaupun suami aku sentiasa berjanji akan menyayangiku sampai ke akhir hayat.
Aku tidak dijamin akan sentiasa dihormati sebagai seorang wanita kerana hati dan perasaan lelaki bukanlah statik.Hati suami mungkin akan berubah.
Mungkin ke arah yg lebih baik.Mungkin juga tidak.

Jauh sekali jika dibandingkan dgn kasih sayang yg diberikan oleh kedua ibu bapaku,insan yg bnyk berjasa dlm membesarkan ku.
Walau seteruk mana aku,walau seburuk mane perangai aku,ibu bapa tidak akan membenci anak sendiri.
Ibu bapa akan tetap bersabar dgn kerenah anak sendiri.
Ibu bapa tidak akan membiarkan anak-anak mereka berada dalam kesedihan.
Ibu bapa akan sentiasa menyayangi anak-anak.
Ibu bapa akan dijamin setia kasih sayang mereka terhadap insan yang mereka lahirkan dan besarkan.

Suami aku mungkin akan beralih hati.
Suami aku mungkin suatu hari nanti akan jatuh hati pada wanita yang jauh lebih hebat.
Mungkin dia akan dilamun asmara dengan wanita yang jauh lebih cantik.
Itu tidak mustahil.


Yang pasti,kasih sayang ibu bapa ku tetap akan bersama aku selama - lamanya.
Mereka akan tetap menyayangi aku,
Mereka tetap akan membantu aku jika aku kesusahan.
Mereka akan tetap bersama aku.
Ingatlah,
'Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa'

Perkahwinan merupakan suatu perjudian,
Aku mungkin akan menang,aku mungkin akan tewas.

Selagi ibu bapa kita masih hidup,marilah kita belajar erti bersyukur.
Mereka adalah hadiah daripada Tuhan yg paling berkuasa.
Maafkan aku.Ini hanya rasa cetusan perasaan aku saat ini.
Aku tidaklah terlalu feminis.
Hanya ingin membandingkan kasih sayang ibu bapa dengan kasih sayang lelaki yang akan bergelar suami aku suatu hari nanti.
Sesungguhnya kemewahan kasih sayang ibu bapa adalah sesuatu yang tiada tandingannya.
Yang pasti apabila berkahwin,aku tidak akan semewah ini.






Sincerely,

Wednesday, April 21, 2010

SaKiT HaTi , TuLanG SenDiRi ????

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini??

LELAKI : Kamu!!!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa??

LELAKI : (Berfikir sejenak,lalu menatap WANITA dgn pasti )
Kamu adalah tulang rusukku!!!!

Kerana Allah melihat bahawa ADAM kesepian.Saat ADAM sedang lena tidur,Allah mengambil rusuk ADAM dan menciptakan HAWA. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang HILANG dan saat menemukan WANITA untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin,,pasangan itu mengalami masa yg indah dan manis utk sementara.Setelah itu,pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibu bapa dan masing-masing dalam kelelahan hidup yang ada.Hidup mereka menjadi membosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran, WANITA lari keluar rumah.Saat tiba di seberang jalan ,WANITA berteriak, " Kamu tidak sayangkan saya lagi!!!!! ". LELAKI sangat membenci ketidak dewasaan WANITA dan spontan berteriak.."Saya menyesali perkahwinan ini !! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam,dan berdiri kaku utk beberapa saat.LELAKI menyesali apa yang sudah dilafazkan, tetapi seperti air yang tumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.Dengan linangan air mata,WANITA kembali ke rumah utk mengambil barang-barangnya,bertekad utk berpisah. WANITA berkata ," Kalau saya bukan tulang rusukmu,biarkan sy pergi.Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing."

Lima tahun berlalu,LELAKI masih belum lagi berkahwin ,tetapi berusaha mencari khabar kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi,LELAKI meminum kopinya dan merasakan sakit di hati.Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindui WANITA.

Suatu hari ,mereka bertemu kembali.Di airport,tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan.Mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar??

WANITA : Baik...Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang????

LELAKI : Belum......

WANITA : Saya akan terbang ke NY dgn penerbangan berikutnya.Saya akan kembali 2 minggu lagi.Telefon saya bila kamu berkesempatan.Kamu tahu no telefon saya kan????Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis,berlalu dihujung lafaz....
"Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian,LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorng korban Menara WTC. Malam itu,skali lagi LELAKI meneguk kopinya , dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan...

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS , jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM , jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman seistimewa KHADIJAH, jika diri tak sesempurna MUHAMMAD.

Sincerely,
Aqilah

Monday, April 19, 2010

KePuTuSaN MuKtaMaD AK !!!!!

Salam ukhwah buat semua,,,

16/4 : ak tahu ak dpt mtrik ane.....pagi2 buta mmber ak , qra mcj suh tgk ak dpt mtrik ane......sori r pagi2 ak x lyan ag mcj2 ni...mate ngantok siutt.....tambah ari tu ari minggu ....lgpon ak malas la nk pabes kdit fon ak yg tinggal cukup2 makan tu....baek ak bukak tenet cari ...save ket..hu3


pas bekfes...ak truskn projek ak meneroka tenet tuk cari laman web matrik....tup2 jumpe r...ye suh msuk no ic ak..ak yg mmg dah sedia hafal no ic ak tu pon type r dgn penuh gayenya....pastu kuar r kat skrinn...


tahniah anda telah ditawarkan ke program matrikulasi,kpm
NAMA : NUR'AQILAH BT.MAHASAN
NO.KAD PENGENALAN : 92121811****
PROGRAM PENGAJIAN : PROGRAM SATU TAHUN
KURSUS : M001-SAINS
NAMA KOLEJ : 18-KOLEJ MATRIKULASI KEDAH(KMK)
TARIKH DAFTAR : 10 MEI 2010



Tersembor gop bijik mate ak tgok name kolej ak bkal g...per ag ak???kedah tu....jauh siut....walaupon kedah tu negeri ak mnat coze team bola ye best...xp fkir 2/3 kali gop la.....last2 ak accept gak tawaran tu....dapat la FULUS (RM 500) dr yayasan ganu....berbaloi2...hu3..

~ak sedih coze ekg ak kne tnggalkn umah ak n katil ak yg pling best kat dunia~



Biler ak dah start blaja ekg,,ak tanam cita nk bangkit smula diri ak...ak nk jadi aqilah yg baru...nk jadi lbeh rajin*coze ak ni pmalas....ak nk blaja leklok....biar smpai BERJAYA..klu still kat matrik ak nk dpt pointer yg top..:-)





walaupon ak sedih...duk fkir cam mne la ak nk survive ekg kat matrik...xp ak rse ak kne brubah la ket 50% pon dah ok la ak rse...xp klu 100% tu xkot...slow2 la bai...ak bukan robot nk bertukar 360 darjah hidup ak....kah3






ekg ak akan merindui la time2 ak duk menganggur kat umah slama bbrape bulan ni...coze hidup tu la yg pling best ak pernah rse.....ape yg penting idup kat umah ak adop stress at all....ngeeee...




Sincerely,
Aqilah



Sunday, April 18, 2010

Fuhhh....SaKiT SiuT !!!!!

Salam ukhwah buat semua,,,,
Post kali ni,,,ak sje je cari pic yg edvencer la bg korang semua tgok....jarang2 wei bleh tgok gambar2 ekstrem cenggini..sakit pergh betul2 real wei....so enjoy keh!!!!
~pergh,.,,,tercium tayar beskal la plop......adussss....~

~I'm flying without wings......kua2~

~baru nk makeover umah....ak plak yg termakeover....hu3~

~ni baru edvencer beb....berbasikal sambil langgar pokok...clazz g2~
~tersilap tanduk...ekcelli nk tanduk bola msuk gol...tertanduk padang lak...malu2~

~mak ai....patah tulang tengkuk wei~


Sincerely ,
Aqilah

LaUgHteR is Da BesT mEdiCinE


Seorang lelaki yg kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga menjadi lanun.
Penemuduga : Bagaimana kaki kamu boleh kudung ??

Lelaki :Cedera ketika perang dunia kedua

Penemuduga : Kenapa tangan kamu bercangkuk??

Lelaki : Terpotong dgn pisau besar

Penemuduga : Mata kamu pula??

Lelaki : Suatu hari,ketika hujan saya mendongak ke langit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya.

Penemuduga : Adakah kerana itu mata kamu rosak dan tinggal sebelah??

Lelaki : Bukan sebab itu,mata saya terkeluar selepas menggunakan tangan yg bercangkuk utk menyapu najis burung....

Sincerely ,
Aqilah

Thursday, April 15, 2010

12 HouR tRiP ke GaMbAnG

Salam ukhwah buat semua,,,

Rabu(14/4/2010)...ayah ak,mak ak, n ofkos skali ak...otw nk g amik akak ak kat matrik phng after 1 tahun a.k.a 2 sem akak ak duk strunggles mase depan dye kat sana...kita org gerak dari umah dlm kul 7.30am waktu tempatan...hu2...perjalanan kali ni bg ak sikit boring coze adik2 ak x ikut same especelli adik ak yg bongsu,Bi....sepanjang journey tu ak tdo je mmanjang...ditambah ak pening coze ak x sarapan ag pg xd bab ak bngun lmbat....kua3..:D


~pagi2 ayh ak check keadaan 'jentera' dye sblum journey kami yg jauh~

Perjalanan smakin ok la coze dah masuk highway...'jentera' ayah ak jgak bleh bawak laju ket....laju pon xder la sgt dlm 110km o 120km lebeh2....hu2...xp ayah ak x brani la nk bawak smpai habes meter 'jentera' dye...220km.coze ader speedtrack kat highway...based on ayah ak citer kat mak ak kat sbelah dye....speedtrack kat highway tu ader kat longkang tepi jalan .....2 kawan ayah ak ckap la...pak cik din coze dye mmg slalu la lalu kat highway tu...hohoho....

Lebes kuang kul 12.30pm....'jentera' ayah ak bergerak masuk ke perkarangan matrik...then...kita org g la kat kolej kediaman yg akak ak tinggal utk 2 sem ni a.k.a 1 tahun...

sampai kat kolej kediaman 2 mmg ramai giler la mak bapak yg dtg amik anak2 dorang...yg tolong angkut2 barang pon ader...yg tgh2 tggu anak2 pon ader....mcm gelagat ak bleh tgok....kira kitaorg sampai tu waktu yg ok la..mgam2 dpt port nk parking 'jentera' ayah ak.....naseb baik...hu2...pastu ak n mak ak g la naik kat blik akak ak nk angkut brg2 dye....angkut punya angkut last skali sudah la jgak......dlm kul 1 lelebih....kita org chow dr matrik tuh setelah 'jentera2' mak bapak plaja beratur pnjang sblum kuar coze ader spotcheck takut plaja wat blik barang2 matrik...ak terfikir ape ke giler plaja nk wat blik loker n meja studi???

~ni la akak ak n mmber2 dye...dr kiri kak syima,akak ak,kak wani n kak ana~

Kuar dari gate matrik akak ak ,,,,perjalanan mmg smakin boring coze line fon pon xder kat tgh2 'hutan' cam gini.boring ak siut...akak ak plak sakit kepala...stress kot bru pas abes exam...~ngee~~...ak xder teman la nk ckap....ho3...singgah kat R&R utk makan n smayang zuhur...

~coze of boring melampau ak posing n snap picture ak..hu3~



~pokok kelapa sawit..klu ni kbun ak mmg ak kasi free je minyak masak kat rakyat mesia~
~gunung - ganang kiri n kanan jln raya~

~perjalanan x syok maaa coze dikelilingi pokok2 jer~

Mcm bese...persinggahan kitaorg...kat petronas almuktafi billah...ayah ak nk isi miyak kat 'jentera' dye....ak cam bese ajak mak ak g kat kdai mesra...shopping mknan ket2.....aq beli aiskrim trafik light kat ak ,akak,n mak ak...aku cam bese akan ader je yg lbeh...ak beli revive...xp pling ak teruja pas tengok tshirt FIFA 2010...fuhh ingtkn cntek...xp bleh tahan la.....kaler putih...ader cop FIFA la kat dpan....n harga pon berpatutan...RM23 utk saiz s n bnyk la lagi size...m (RM26)...ak tgok 2 size tu jer coze ak pkai size tu....hu3...klu korang nk tahu saiz lain sendiri cek la k.....kua3


~hidratkn badan ak yg letih~


~masjid almuktafi billah yg ak amik dari pgar petronas muktafi billah~

~ak tgok best je sg kat bwah jmbatan ni utk swimming~


~ singgah beli jagung..xp kita org beli yg dah rebus laa~


ni time berhenti kat tepi jln coze nk beli buah nanas.......buah nanas kat umah x mkn ag nk beli lagi???bnyk tuh,....ayah ak beli 3 biji nanas ngn harga RM15...korang teka wpe satu nanas??hu3

~mem besar a.k.a bonda ak tercinta tgh bg hint kt ayah ak pilih buah nanas terbaik wok!!!~


~big boss a.k.a ayah ak tgh pilih buah nanas smbil dberi hint kat mak ak atas kreta~
~buah tembikai a.k.a timun cina klu dialek besut~


~perjalanan jd lambat coze ikut lori 'antu' ni~


Otw nk blik ak tgok la xcident....fuuhhh.....takut tu xp xder la ngeri ngat...laki terbaring kat tepi jalan raya....dye xcdent ngn ape ak x tahu xp ader la moto ex5 dream kaler merah tersadai kat tepi jaln...ak rse tu moto dye...dye mengerang kesakitan sambil dibantu oleh mat2 moto yg lain ak rse...hu3.ak x amik la picture mamat tu tersadai kat tepi jln coze ayah ak drift laju ngat.xsempat....he3



Tepat jam 6.30pm...'jentera'ayah ak sampai gak kat perkarangan baiti jannati...ak org pling epi coze ak mmg letih giler tahap gaban....hu3....subjek ak pas ni ak nk tdo puas2....letih siuutt....>_<


~ time angkut barang pas smpai kat baitijannnati~





Sincerely ,
Aqilah

Tuesday, April 13, 2010

ReFreSh ouR StanDarD MatH


1. I need to tell u somethings , read number 5
2. Are u in rush ?? read number 8
3. Are u curious??? read number 9
4. Look its the following......u betta read number 15
5. I havent got the guts....just read number 17
6. I would like to tell u.....but u should read number 16
7. I'll tell u...but first read number 2
8. Its very simple....just read number 4
9. Dont get nervous....its simple...just read number 18
10. Not yet...but read number 19
11. Are u gettin tired???relax...just read number 13
12. Like I was sayin....read number 3
13. You're nearly there.....read number 20
14. Just dropped by to say....KEEP ON VISITING!!!!
15.Ur gettin nervous??just read number 6
16. U still dont get it??just read number 12
17. Oh!!! I'm embrassed....read number 7
18. I dunno if u'll understand...just read number 10
19. Read number 11...slowly...u'll find out
20. Now i'll tell u....read number 14...really quietly ok



Sincerely ,
Aqilah

LoVe StoRy PlaJaR SaiNS


A: Kasihku,ketumpatan cintaku padamu adalah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat sebarang tanggapan atau kesimpulan dari hasil ujikajiku padamu??

B: Aku tak percaya padamu kerana kau ada kekasih baru utk menjalankan proses tindak balas penukargantian seperti dalam kimia organik ke atas diriku.

A: Jangan kau menyalah ertikan kecerunan garis lurus y=mx+c hatiku ini kerana aku dan dia masih lagi unsur bukan nya sebatian homogenos ataupun heterogenos.

B: Tapi aku merasa kasihmu seperti berkadar songsang 1/X dgn kesetiaan yg aku berikan.Isipadu cintaku tetap x berubah walaupun pada tekanan maksima dan suhu minimum.

A: Tapi cinta dan kasih sayangku padamu adalah pemalar.

B: Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yg kau berikan belum lagi sahih dan diiktiraf I.U.P.A.C.

A: Tapi aku menggunakan prinsip newton ketiga,tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan.

B: Kau jangan berbohong.Aku tahu yang kau ini adalah random, janji -janji manis yg bergerak secara rawak dan cintamu itu berlanggaran secara kenyal dengan dinding kekasih lamamu.

A: Itu adalah fitnah yg tersebar melalui proses pancaran dan perolakan.Aku telah berikan cintaku dalam bentuk magnitud dan arahnya sekali.Masihkah kau x percaya??

B: Ya , aku percaya.Tetapi aku mahu itu semua dileraikan menggunakan hukum penyelesaian segi tiga dan dalam bentuk-bentuk lazim,bukannya dalam bentuk kuadratik dan kubik.

A: Itu semua boleh diabaikan.Yang aku mahukan tempoh percintaan kita mesti mengalami pecutan seragam.

B: Kau harus bersabar kerana sabar itu mendekati nilai 0.5 dari iman.

A: Tapi iman ku adalah infiniti.

B: Aku tidak fikir iman mu infinti kerana kau belum mendarabkannya dgn 6x10'23

A: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.Nanti bila tekananku melebihi tekanan udara,kau jgak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

B: Aku sekarang bukan aku yang dlu lagi..aku telah mengalami plasmolisis.

A: Kau memang betul2 menyakitkan hatiku...ku sangkakan kau intan,,rupa-rupanya kau grafit. pergi kau dari sini.

Biarkn ku sendiri....





Sincerely,
Aqilah

Sunday, April 11, 2010

PeMBuKa UkHwaH



بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah n bersyukur sgt coze ak manage wat blog ak setelah sekian lame plan nk wat
kepada semua member2 ak follow la blog ak ni
last skali utk post pembuka ukhwah ak nk ucapkn
~assalamualaikum dan salam persahabatan~
Sincerely ,
Aqilah