JellyPages.com

MrFezreemrsaqilah.blogspot

MrFezreemrsaqilah.blogspot
Cinta Illahi

Tuesday, January 18, 2011

SeJaRaH SoLaT LiMa WaKTu

Salam ukhwah buat semua...kt sni ad cket info yg nk dikongsi bersama...harap ilmu ng bg manfaat kat kalian..insyaAllah..

Asal usul solat:

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas"
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun"

Sincerely,

Friday, January 14, 2011

InDaH TerRCiPTa

Salam ukhwah buat semua,,

Ketika Allah menciptakan Wanita, Dia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.

Pada hari ke-6, datang Malaikat bertanya,"Ya allah, kenapakah engkau mengambil masa yang lama utk menyiapkan ciptaan -Mu kali ini???"

Allah menjawab,"Sudahkah engkau melihat betapa cantik dan mulianya ciptaan-Ku ini ?..Lihat...Dua tangan yg ada ini mestilah sentiasa bersih ,tetapi bahannya bukanlah daripada plastik.

Setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh digerakkan dan berfungsi baik untuk segala jenis makanan.

Mampu menjaga banyak anak bersamanya.


Mempunyai pelukan yang mampu menyembuhkan sakit hati dan keburukan.Dan semua yang ku terangkan tadi cukup dengan hanya menggunakan dua tangan ini."

Malaikat berkata,"Ya Tuhanku, cukuplah setakat ini .Engkau boleh menyambungnya keesokan hari."

"Oh, tidak. Aku mahu menyiapkannya. Ini adalah ciptaan kegemaran-Ku", balas Allah kepada Malaikat-Nya.

Malaikat itu terpanggil untuk mendekati dan melihat dengan jelas ciptaan Tuhan-Nya, iaitu Wanita.

Disentuhnya pula ciptaan tersebut," Ya Allah,kenapakah engkau membuatnya begitu lembut?"

Allah menjawab, "Ya. Aku membuatnya begitu lembut .Tapi....pastinya engkau tidak terfikir apatah lagi sanggup membayangkan kekuatan yang Aku berikan agar mereka dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa ."

"Adakah ciptaan-Mu ini mampu berfikir,Ya tuhanku??" tanya Malaikat dengan penuh kehairanan.

Allah menjawab , " Dia bukan sahaja mampu berfikir, malah Aku berikan kekuatan kepadanya untuk bertolak ansur dan bertoleransi yang luar biasa."

Malaikat menyentuh bahagian dagunya....

"Ya Tuhanku,kelihatan seperti ciptaan -Mu ini kelihatan lelah dan rapuh.Seolah terlalu banyak beban yang perlu ditanggungnya."

Sambil tersenyum , Allah menjawab " Itu bukan bererti lelah dan rapuh. Itu adalah air matanya."

Malaikat kehairanan lalu bertanya, "Air mata?? Untuk apa ??Ya Tuhanku??"

"Air mata adalah satu cara dia menyuarakan perasaannya. Segala kegembiraan, keresahan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaannya."sambung Allah.

Dengan perasaan takjub,Malaikat berkata," Ya Allah, Subhanallah ! Begitu agungnya ciptaan-Mu yang bergelar wanita ini , Ya Allah . Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mencipta sesuatu yang menakjubkan yang tak mampu dijawab dek akal."

Allah menjawab," Ya mesti...

Aku ciptakan Wanita ini supaya dia mempunyai kekuatan mempersonakan lelaki. Dia kuat mengatasi beban malah mampu melebihi lelaki.

Dia mampu menyimpan kebahagiaan apatah lagi kesedihannya sendiri.

Dia mampu tersenyum tatkala hatinya dihimpit dan diguris kesedihan , menyanyi di saat menangis, menitiskan air mata di saat terharu, bahkan mampu tertawa di saat ketakutan.

Dia mampu berkorban untuk orang-orang yang dicintainya.

Mampu berdiri teguh di kala melawan ketidak adilan apatah lagi semakin teguh di kala melihat kebaikan.

Mampu juga menerjunkan dirinya tanpa menghiraukan bahaya untuk keluarganya.

Dia menolong temannya yang kesakitan untuk mendapatkan ubat.

CINTANYA TANPA BERSYARAT !

Dia menangis di saat dikurniakan suami di sampingnya.
Dia menangis di saat anaknya menjadi pemenang.
Dia girang dan bersorak saat melihat temannya ketawa.
Dia begitu gembira mendengar kelahiran.
Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian.
Dia selalu mempunyai kekuatan untuk mengatasi hidup.
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka biar sedalam mana peritnya.
Cuma...ciptaan-Ku ini punya satu kelemahan..", terang Allah kepada Malaikat-Nya.

Malaikat kehairanan," Ciptaan Allah Yang Maha Agung ini punyai kelemahan ?? Nyatakan padaku kerana aku tidak memahaminya,Ya Allah."

Allah menjawab ;" Ya , wahai malaikat. Ciptaanku ini punya satu kelemahan."

Malaikat terus bertanya ,"Apa dia , Ya Allah ?"

"Kelemahan ciptaan-Ku ini adalah kerana....Dia lupa betapa berharga dan istimewa hakikat kejadiannya ." jawab Allah.

Malaikat tertunduk dan tidak mampu bertanya lagi..

p/s : wahai sahabatku, khabarkan cerita ini kepada rakan-rakanmu supaya mereka tahu betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa bernama WANITA.



Sincerely,

Wednesday, January 12, 2011

PerCaYa aTaU TiDaK????

Salam ukhwah buat semua,,
Kat sini ak nk share sumething yg bg ak agak terperanjat...mase blog walking dlu2...ak terjumpa la post yg menarik bg ak la....hu3...:D
Tajuk post yg agak2 'blue' bg sesetengah org la..hak4

"BAU KETIAK LELAKI MAMPU MENJADI PENAWAR STRESS WANITA???"
Beberapa tahun yg lalu,,bahagian Biologi Malaysia di Universiti Pennsylvania membuat kajian yg membuktikan bahawa peluh lelaki mampu membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid.Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction america,sebelum ini,,bau ketiak lelaki yg tidak memakai deodoran digunakan sbg bahan uji kaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh tergoda dgn bau lawan jenisnya.

Dalam kajian yg dilakukan,,wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur antara 25 hingga 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji dengan satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu,,skala mood wanita yg disapu dgn wangian yg diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur,,hasil sungguh memeranjatkan .Selain boleh menceriakan mood,,aura ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang berasa tertekan....

p/s: lelaki pas ni kne la berjage2....hu3


Sincerely,