Salam ukhwah buat semua,,
Ketika Allah menciptakan
Wanita, Dia mengambil masa yang agak
lama untuk menyiapkannya.
Pada hari ke-6, datang Malaikat bertanya,"Ya allah, kenapakah engkau mengambil
masa yang
lama utk menyiapkan ciptaan -Mu kali ini???"
Allah menjawab,"Sudahkah engkau melihat
betapa cantik dan mulianya ciptaan-Ku ini ?..Lihat...Dua tangan yg ada ini mestilah sentiasa bersih ,tetapi bahannya bukanlah daripada plastik.
Setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh digerakkan dan berfungsi baik untuk segala jenis makanan.
Mampu menjaga banyak anak bersamanya.
Mempunyai pelukan yang mampu menyembuhkan sakit hati dan keburukan.Dan semua yang ku terangkan tadi cukup dengan hanya menggunakan dua tangan ini."
Malaikat berkata,"Ya Tuhanku, cukuplah setakat ini .Engkau boleh menyambungnya keesokan hari."
"Oh, tidak. Aku mahu menyiapkannya. Ini adalah ciptaan kegemaran-Ku", balas Allah kepada Malaikat-Nya.
Malaikat itu terpanggil untuk mendekati dan melihat dengan jelas ciptaan Tuhan-Nya, iaitu Wanita.
Disentuhnya pula ciptaan tersebut," Ya Allah,kenapakah engkau membuatnya begitu lembut?"
Allah menjawab, "Ya. Aku membuatnya begitu lembut .Tapi....pastinya engkau tidak terfikir apatah lagi sanggup membayangkan kekuatan yang Aku berikan agar mereka dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa ."
"Adakah ciptaan-Mu ini mampu berfikir,Ya tuhanku??" tanya Malaikat dengan penuh kehairanan.
Allah menjawab , " Dia bukan sahaja mampu berfikir, malah Aku berikan kekuatan kepadanya untuk bertolak ansur dan bertoleransi yang luar biasa."
Malaikat menyentuh bahagian dagunya....
"Ya Tuhanku,kelihatan seperti ciptaan -Mu ini kelihatan lelah dan rapuh.Seolah terlalu banyak beban yang perlu ditanggungnya."
Sambil tersenyum , Allah menjawab " Itu bukan bererti lelah dan rapuh. Itu adalah air matanya."
Malaikat kehairanan lalu bertanya, "Air mata?? Untuk apa ??Ya Tuhanku??"
"Air mata adalah satu cara dia menyuarakan perasaannya. Segala kegembiraan, keresahan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaannya."sambung Allah.
Dengan perasaan takjub,Malaikat berkata," Ya Allah, Subhanallah ! Begitu agungnya ciptaan-Mu yang bergelar wanita ini , Ya Allah . Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mencipta sesuatu yang menakjubkan yang tak mampu dijawab dek akal."
Allah menjawab," Ya mesti...
Aku ciptakan Wanita ini supaya dia mempunyai kekuatan mempersonakan lelaki. Dia kuat mengatasi beban malah mampu melebihi lelaki.
Dia mampu menyimpan kebahagiaan apatah lagi kesedihannya sendiri.
Dia mampu tersenyum tatkala hatinya dihimpit dan diguris kesedihan , menyanyi di saat menangis, menitiskan air mata di saat terharu, bahkan mampu tertawa di saat ketakutan.
Dia mampu berkorban untuk orang-orang yang dicintainya.
Mampu berdiri teguh di kala melawan ketidak adilan apatah lagi semakin teguh di kala melihat kebaikan.
Mampu juga menerjunkan dirinya tanpa menghiraukan bahaya untuk keluarganya.
Dia menolong temannya yang kesakitan untuk mendapatkan ubat.
CINTANYA TANPA BERSYARAT !
Dia menangis di saat dikurniakan suami di sampingnya.
Dia menangis di saat anaknya menjadi pemenang.
Dia girang dan bersorak saat melihat temannya ketawa.
Dia begitu gembira mendengar kelahiran.
Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian.
Dia selalu mempunyai kekuatan untuk mengatasi hidup.
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka biar sedalam mana peritnya.
Cuma...ciptaan-Ku ini punya satu kelemahan..", terang Allah kepada Malaikat-Nya.
Malaikat kehairanan," Ciptaan Allah Yang Maha Agung ini punyai kelemahan ?? Nyatakan padaku kerana aku tidak memahaminya,Ya Allah."
Allah menjawab ;" Ya , wahai malaikat. Ciptaanku ini punya satu kelemahan."
Malaikat terus bertanya ,"Apa dia , Ya Allah ?"
"Kelemahan ciptaan-Ku ini adalah kerana....Dia lupa betapa berharga dan istimewa hakikat kejadiannya ." jawab Allah.
Malaikat tertunduk dan tidak mampu bertanya lagi..
p/s : wahai sahabatku, khabarkan cerita ini kepada rakan-rakanmu supaya mereka tahu betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa bernama WANITA.
Sincerely,